Semangat Diri | Tutup buku lama, buka buku baru. Selamat datang 2023! Semoga 2023 menjanjikan seribu kemansian dan semangat diri yang kuat untuk lebih maju.


semangat diri

Azam Tahun Baru


Dah ada azam baru untuk tahun ini? Biasanya azam akan kita isi dengan perkara-perkara baru yang ingin kita lakukan atau dapatkan ataupun belum sempat kita raih pada tahun yang lalu.

Sebenarnya tidak sukar untuk membuat azam dan kita boleh membuatnya dengan melakukan perkara-perkara yang simple untuk menaikkan semangat diri kita.

Baca Juga: 


Menjaga Kesihatan Jantung Penting Buat Warga Emas

10 Cara Mudah Menghilangkan Parut Jerawat



semangat diri

Cara Bangkitkan Semangat Diri 


Antara  cara yang boleh dicuba untuk membangkitkan semangat diri:

1. Mencuba Penampilan Baru


Tak salahnya kalau kita cuba tampil berbeza daripada tahun lepas. Mungkin kita boleh merubah gaya yang lebih fresh dan trendy. Di samping itu, mungkin kita juga perlu lebih menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan kulit/wajah. Semua ini boleh kita lakukan untuk tampil berbeza.

2. Buang Kebiasaan Buruk dan Tukar Dengan Yang Baru & Lebih Baik


Jangan teragak-agak untuk membuang kebiasaan buruk dan merubah diri menjadi peribadi yang lebih baik lagi. Selalulah berfikiran positif dan usah mencari kesalahan orang lain sahaja. Mudah bersangka buruk juga akan membawa kita kepada fikiran negatif.

Andaikata wujud perasaan yang bukan-bukan di hati kita, cepat-cepatlah beristighfar supaya perasaan tersebut segera hilang dan digantikan dengan perasaan yang lebih baik lagi.

3. Memperluaskan Jaringan Networking


Kalau nak upgrade skill dan peluang dalam kehidupan, kita memang perlu memperluaskan networking. Daripada situlah nanti kitab oleh menambah pengetahuan, pendapat, idea dan sebagainya.

4. Mengamalkan Gaya Hidup Sihat


Mengubah gaya hidup yang lebih sihat sangat mempengaruhi tahap kesihatan kita. Jika sebelum ini kita kurang bersenam, kurang menitikberatkan soal pemakanan yang sihat, seimbang dan sebagainya.

Cubalah untuk memulakan gaya hidup sihat dengan bersenam secara rutin, mengambil makanan yang berkhasiat serta seimbang serta tenangkan fikiran agar bebas daripada rasa stress yang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Baca Juga: Cara Paling Mudah Tanam Mint

5. Kedudukan Kewangan Yang Stabil


Setiap daripada kita pasti mempunyai pelbagai keinginan untuk menikmati kehidupan yang serba mewah.Namun, tidak semua di antara kita yang bernasib baik! Bagi kita yang mempunyai kehidupan ‘biasa-biasa’, mengawal perbelanjaan sangat penting supaya lebih terurus.

Kena buat bajet sebab inilah langkah paling baik saat inflasi sekarang nie. Pastikan juga kita ada sedikit simpanan ‘tabung kecemasan’ di saat perkara-perkara yang terduga terjadi.


6. Sayangi Diri Sendiri


Pastikan untuk tahun 2023, kita lebih memperdulikan dan menyayangi diri kita sendiri. Mencintai diri sendiri bermana kita menyayangi dan menerima segala perakara yang ada pada diri kita sendiri.

Menyayangi diri sendiri bukan sahaja akan membangkit semangat diri di tahun baru, malahan juga akan membuatkan kita menjadi lebih mudah menghargai kehidupan yang masih tersisa.

Selamat tahun baru 2023, penuhi semangat diri dengan hal-hal yang positif dan selamat menanam azam!