Resepi Kek Pisang Simple | Tidak sukar untuk membuat kek pisang yang lembut dan sedap.Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya juga tidak memeningkan kepala dan perlukan bajet yang besar.
 

Resepi Kek Pisang


Boleh Kukus Ataupun Bakar

Kalau Rasa tak nak kukus, boleh jer bakar. Begitu juga kalau tak ada mixer, guna blender pun boleh.
Pasti menjadi punya!

Resepi Kek Pisang Simple


Okay, cuba buat Resepi Kek Pisang Simple yang sedap nie.


Cuba Juga: 


Resepi Donat Gebu Sukatan Cawan


resepi kek pisang




Bahan-Bahan:

10 biji pisang emas (kalau tak ada, guna pisang embun pun boleh) – dilecek halus.

5 biji telur

340 gm tepung naik sendiri (diayak)

1 sudu kecil bikarbonat (diayak)

250 gm mentega

220 gm gula kastor

4 sudu besar susu cair

2 sudu kecil esen vanilla


resepi kek pisang



Cara Membuat Kek Pisang


1. Kisar atau putar mentega dan gula kastor sehingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul sampai sebati.

3. Selepas itu, masukkan esen vanilla dan susu cair.

4. Kemudian, masukkan pula pisang yang sudah dilenyek tadi.. Gaul sehingga rata atau adunan sebati.

5. Apabila dah sebati, barulah tuang adunan Kek Pisang ke dalam loyang yang sesuai.

6. Bakar selama 50 minit, dalam suhu 180C atau kalau kukus, sekitar 45 minit.


Okay, bila dah siap Kek Pisang Pisang Simple boleh dihidangkan untuk minum petang. Boleh juga jadi Resepi Kek Pisang Kukus Kek Pisang dan kenalah tukar step bakar kepada kukus.Kek pisang kukus rasanya akan lebih ‘moist’, berbanding dibakar.

Selamat mencuba!