Cara Hilangkan Kolesterol Jahat Dalam Badan | Jangan pandang enteng apabila kolesterol dalam tubuh tinggi. Kolesterol jahat yang tinggi boleh menyebabkan arteri darah tersumbat sehingga menjejaskan kesihatan jantung! Kalau dibiarkan lama-lama memang boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan. Jadi, sebelum keadaan menjadi bertambah parah, elok juga kalau kita cuba mengawal kadar kolesterol tersebut.

Kolesterol Jahat


Cubalah praktik cara hilangkan kolesterol jahat dalam badan dengan menggunakan beberapa jenis bahan dapur yang sering kita gunakan dalam masakan. Ia dikatakan dapat membantu mengawal kadar kolesterol dalam alirah darah.

Cara Hilangkan Kolesterol Jahat

Berikut beberapa bahan masakan yang dikatakan boleh membantu turunkan kolesterol jahat dalam badan sekaligus menghilangkannya.


Kolesterol Jahat


1. Halia

Halia merupakan antara bahan masakan yang mempunyai banyak manfaat kesihatan Bukan setakat untuk menghangatkan badan dan meredakan selesema, tetapi juga efektif untuk membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dalam badan.


Baca Juga:
 Kebaikan Buah Avokado 



Kolesterol Jahat


2. Kunyit

Kunyit mengandungi curcumin yang sangat bagus untuk turunkan kadar kolesterol di dalam darah. Kandungan curcumin disifatkan anti peradangan yang boleh melindungi organ kardiovaskular seperti pembuluh darah dan jantung.


Bercirikan anti peradangan, ia juga dikatakan mampu mencegah penggumpulan darah yang boleh menyebabkan penyakit stroke.



Kolesterol Jahat


3. Bawang Putih


Bawang putih mengandungi allician yang dapat memperlambatkan proses pembetukan kolesterol. Pengambilan bawang putih mentah dipercayai boleh membantu mencegah pembekuan darah, penurunan tekanan darah dan melindungi tubuh daripada jangkitan.


4. Bawang Bombay

Bawang Bombay juga dikatakan sangat efektif untuk menurunkan kadar kolesterol tinggi dalam darah. Ini adalah kerana ia mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk mengawal kadar kolesterol dalam badan.

5. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis memiliki sifat antioksida, antikeradangan, antidiabetic dan juga antimikrob. Beberapa ciri tersebut membuatkan kulit kayu manis ini bermanfaat untuk mengurangkan penyumbatan pada sistem dalaman tubuh.

Kulit kayu manis dikatakan dapat membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dan melancarkan perjalanan darah pada tubuh. Di samping itu, manfaat antioksidan pada kulit kayu manis juga berupaya membantu mengurangkan kadar gula dalam badan, sekaligus mengawal sensitivity insulin tubuh.

Itulah antara cara hilangkan kolesterol jahat dalam badan dengan menggunakan 5 bahan masakan. Di samping itu,cuba elakkan makan makanan kolesterol tinggi. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Foto: Pexels