Hilangkan Tompok Hitam Di Muka | Masalah bintik-bintik atau tompok-tompok hitam di muka sering dialami oleh ramai wanita. Disebabkan masalah ini ramai juga yang hilang keyakinan diri. Ada banyak faktor yang menyebabkan kewujudan tompokan tersebut, antaranya ketidakseimbangan hormon, masalah kulit berjerawat, penuaan dan kerap terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang mengundang penghasilan melanin berlebihan.
Hilangkan Tompok Hitam Di Muka
Baca Juga:
Manfaat Minyak Zaitun
1. Kaya dengan vitamin A dan E yang dikatakan mampu melindungi kulit dari sinaran UV yang merosakkan kulit serta mencegah hiperpigmentasi.
2. Vitamin C yang terkandung dalam minyak zaitun juga sarat dengan antioksidan yang mendorong pertumbuhan sel baru serta mencegah kerosakan sel.
3. Vitamin C dan K yang dimiliki dalam minyak zaitun meningkatkan penghasilan kolagen dan membuatkan kulit menjadi lebih anjal.
4. Minyak zaitun juga bersifat anti-radang yang sangat bagus untuk proses penyembuhan kesan luka akibat jerawat serta mengatasi tompok-tompok hitam pada kulit yang berjerawat.
5. Minyak zaitun menghidrasi serta melembapkan kulit secara semulajadi.
Cara Guna Minyak Zaitun Untuk Hilangkan Tompok Hitam Di Muka
• Ambil 3 sudu kecil minyak zaitun asli dan perahkan dengan sedikit lemon.
• Kacau rata, kemudian sapukan di muka dengan Gerakan memutar.
• Biarkan selama 15 minit.
• Selepas itu bilas dengan air bersih dan keringkan muka dengan tuala lembut.
• Lakukan secara rutin, dua hari sekali untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
Itulah antara khasiat minyak zaitun yang berupaya untuk hilangkan tompok hitam di muka. Selain itu, kamu boleh juga gunakan mana-mana produk yang khusus untuk hilangkan bintik hitam di muka yang sesuai. Selamat mencuba!
0 Comments