Resepi Salad Sedap Dan Mudah | Ada tak yang suka makan salad? Tak kisahlah salad buah ataupun salad sayur-sayuran. Janji salad!
 

Resepi Salad


Hidangan Sihat


Menikmati hidangan seperti ini sebenarnya lebih sihat dan memang sesuai buat kita yang mahu menjaga pemakanan dan juga berat badan.Bukan itu sahaja, dengan menikmati hidangan sihat ini kulit kita pun boleh jadi cantik!

Ada macam-macam cara atau resepi salad yang boleh dicuba. Sangat mudah dan boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

Baca Juga: 


Resepi Salad
Pastikan sayuran yang dipilih elok dan segar bagi mendapatkan rasa salad yang lebih enak


Resepi Salad Sedap Dan Mudah

Jom, cuba buat resepi salad sedap dan mudah ini.

Bahan yang diperlukan:

• Timun

• Tomato

• Sayur kobis

• Sayur salad

• Cili benggala

• Mayones

• Serbuk lada putih/serbuk lada hitam

• Sedikit minyak zaitun

• Sedikit perahan lemon

Cara Penyediaan:

1. Potong semua bahan yang sudah dicuci bersih mengikut citarasa sendiri.

2. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.

3. Setelah itu gaul dengan minyak zaitun, mayones dan serbuk lada putih/serbuk lada hitam dan juga perahan lemon.

4. Dah siaaaapp ! Resepi Salad Sedap Dan Mudah.

5. Sedia untuk dihidangkan. Untuk lebih sedap, simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dinikmati. Rasanya pasti lebih enak!


Selamat mencuba Resepi Salad Sedap Dan Mudah dan jangan lupa share resepi ini dengan kawan-kawan ya!