Bagi yang teringin untuk membuatnya sendiri, dikongsikan Resepi Cupcakes Coklat Chip Sukatan Cawan yang cukup enak serta mudah dibuat ini.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek cawan ini pun senang nak cari. Jom kita buat sekarang!
Berikut Resepi Cupcakes Coklat Chip
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 biji telur sederhana besar
½ cawan mentega (dicairkan terlebih dahulu)
1 cawan gula halus
1 ¾ cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar
½ cawan serbuk koko (diayak)
Sedikit esen vanilla
Sedikit emulco coklat
Sedikit soda bicarbonate
Sedikit garam halus (diayak)
Satu sudu kecil serbuk nescafe (diayak)
Coklat chip (ikut selera sendiri nak letak berapa banyak)

Cara Membuatnya:
1.Campurkan gula, telur, esen vanila dan emulco coklat dalam satu mangkuk.
2. Kemudian pukul seketika dengan whisk atau senduk.
3. Setelah agak kembang dan nampak berbuih, masukkan pula mentega cair dan pukul lagi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan kacaulah sehingga sebati.
5. Selepas tu masukkan tepung naik sendiri, serbuk koko, garam, serbuk nescafe secara perlahan-lahan ke dalam adunan tadi.
6. Kacau sampai sebati dan bila dah siap bolehlah masukkannya ke dalam cawan kertas.
7. Kemudian, taburlah coklat chips di atasnya.
8. Bila dah siap bakarlah selama lebih kurang 25-30 minit, suhu bakar 170 C. Jangan lupa, panaskan oven terlebih dahulu ya.
9. Bila dah masak, bolehlah dihidangkan. Jika mahu disimpan di dalam bekas, pastikan cupcakes coklat tersebut dah sejuk.

Okay, selamat mencuba Resepi Cupcakes Coklat Chip yang sangat mudah dan sedap ini. |
0 Comments