Memanglah lip balm digunakan untuk melembabkan bibir serta merawat bibir supaya tidak kering, mengelupas ataupun pecah-pecah.Tapi pilihlah lip balm yang tepat!
Bbir Pecah Pecah
Dulu-dulu lip balm tidak mempunyai sebarang warna, tapi sekarang ni ada macam-macam jenis. Ada sesetengah tu boleh memberikan warna pada bibir. Tak kurang juga membuatkan bibir kering dan pecah pecah.
Penyebab Bibir Pecah
Kandungan pewangi atau pewarna pada sesetengah lip balm tu boleh menimbulkan alergi sehingga membuatkan bibir jadi seperti terbakar dan menggelupas.
Ya la kan bukan semua bahan yang terkandung di dalamnya mampu bekerja dengan sempurna untuk bibir kita.Sekiranya produk yang digunakan itu tidak sesuai dengan bibir, hentikan penggunaannya.
Berikut beberapa cara yang boleh dipraktik untuk mengatasi bibir pecah pecah dan juga bibir walaupun sudah memakai lip balm secara rutin: |
1. Hindari menjilat atau menggigit bibir sebab perbuatan ini akan membuatkan bibir jadi mengelupas atau terluka.
2. Guna petroleum jelly, wajib oleskannya pada setiap pagi dan sebelum tidur supaya lebih efektif.
3. Jika nak juga guna lip balm, pastikan pilih yang mengandungi minyak semulajadi, macam minyak zaitun, minyak kelapa atau sweet almond oil.
4. Di samping itu, jangan lupa oleskan petroleum jelly ataupun lip balm di luar garisan bibir.Biasanya di sekitar Kawasan tepi bibir juga mudah kering.
Sekiranya langkah tersebut masih tidak berkesan, bibir tetap pecah-pecah, mengelupas dan sebagainya teruslah berkunjung ke doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Semoga masalah bibir pecah pecah yang dialami segera sembuh!
0 Comments