looveelara.blogspot.com

Mudah-mudahan permulaan tahun 2022 ini jauh lebih baik daripada sebelum ini.

Menyingkap azam tahun baru, semoga kali ini kita dapat melaksanakannya dengan baik.Bagi yang belum punya azam atau masih mencari-cari, dikongsikan beberapa azam 2022 yang boleh dijadikan gambaran untuk kita sama-sama menjadi peribadi yang lebih baik lagi.

Walaupun ia mungkin nampak sederhana, namun ia mampu membangkitkan semangat positif dalam diri kita untuk menjalani kehidupan seharian.


looveelara.blogspot.com


Berikut beberapa azam 2022:


looveelara.blogspot.com


1. Ubah Mindset Menjadi Lebih Positif

Sebenarnya fikiran adalah musuh terbesar kita, kerana apa yang kita fikirkan selalunya tidak seiring dengan kata hati. Situasi ini boleh berubah jika kita mempunyai mindset yang positif.

Untuk 2022, usahakan supaya diri kita dikelilingi dengan perkara-perkara yang positif.Berada dalam persekitaran yang positif secara tak langsung akan membuatkan kita pun menjadi peribadi yang lebih positif.

Anggaplah 2022 ini merupakan kesempatan terbaik yang Allah berikan agar kita mampu membuang segala sikap buruk atau toxic yang ada di kepala kita untuk menjadi seorang hambaNya yang lebih baik lagi.

looveelara.blogspot.com


2. Gaya Hidup Sihat

Hidup sihat adalah pilihan yang perlu kita biasakan dalam kehidupan seharian. Gaya hidup yang kurang sihat boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang muncul.

Jadi, untuk mencapai kehidupan sihat, kita boleh melakukan beberapa perkara seperti menghindari stress, menjaga pemakanan harian, rutin bersenam,rajin makan buah-buahan serta sayuran, tidur yang cukup, kurangkan pengambilan garam dan gula secara berlebihan  dan minum air masak secukupnya.


looveelara.blogspot.com

3. Atur Masa Dengan Sebaiknya

Time management teruk sangat? Okay, untuk 2022 cuba kelolakan masa dengan baik. Lagipun jika berterusan mengeluh tentang sesuatu tidak akan mengubah keadaan. Jadi, adalah lebih baik jika kita memanfaatkan masa atau waktu yang dimiliki dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan kita sukai. 

Lagipun jika dapat mengatur masa dengan baik, kita bukan sahaja dapat menyelesaikan tugasan mengikut waktu yang telah ditentukan. Bahkan, ia juga dapat meningkatkan reputasi diri, mengurangkan stress dan kita juga akan mempunyai masa lapang atau masa untuk beristirahat dengan lebih banyak. Untuk lebih senang mengatur masa, buat to do list pada setiap hari.


looveelara.blogspot.com


4. Tingkatkan Prestasi

Setiap daripada kita pasti mempunyai keinginan yang besar untuk mengembangkan potensi diri, namun tidak semua orang memilih untuk bertindak sesuai dengan keinginannya. 

Mencapai prestasi tidak mudah, namun bekerja/belajar dengan gigih berusaha tentu dapat meningkatkan prestasi. Ini adalah kerana motivator terhebat adalah diri kita sendiri. 

Hanya diri kita sendiri yang faham akan diri kita, apa yang kita mahukan dalam hidup dan segala apa yang terbuku dalam fikiran kita.

Kuatkan diat, dan fikirkan bahawa apa yang kita inginkan itu betul-betul penting, bermanfaat untuk diri kita sendiri dan juga oang lain. Dengan cara ini, kita akan termotivasi untuk terus berjuang mendapatkan apa yang kita mahukan dalam hidup.


looveelara.blogspot.com


5. Love yourself

Jangan abaikan rasa untuk menyayangi atau mencintai diri sendiri.Tak dinafikan adakalanya kita terlalu sibuk memikirkan cara untuk melahirkan perasaan sayang kepada orang lain, sehingga kita lupa yang kita sebenarnya perlu juga mencintai diri sendiri.

Tidak ada yang boleh lebih menghargai dan mencintai diri kita selain daripada diri kita sendiri.Unuk menjadi seseorang yang mencintai diri sendiri, jangan sesekali kita menyalahkan diri sendiri atas kekurangan yang ada.

Ingat! Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Sesempurna orang (yang mungkin kita nampak pada pandangan mata), dia pasti juga punya kekurangan dan kelemahan. 


looveelara.blogspot.com

Itulah beberapa azam 2022 yang boleh dipratik atau diwujudkannya. Selamat mencuba!


Credit Images: pexels.com