Cara Menghilangkan Parut Jerawat
1. Lidah Buaya
Lidah buaya atau aloevera selamat digunakan untuk semua jenis kulit wajah termasuk yang mempunyai kulit sensitif.Lidah buaya mengandungi zat aloesin yang berupaya memperlambatkan pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.
Ambil daun lidah buaya dan potong menjadi beberapa bahagian, kemudian kupas kulitnya dan ambil gel lidah buaya.Hancurkan dan sapukan pada muka. Biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu, bilaslah dengan menggunakan air suam.
Ambil daun lidah buaya dan potong menjadi beberapa bahagian, kemudian kupas kulitnya dan ambil gel lidah buaya.Hancurkan dan sapukan pada muka. Biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu, bilaslah dengan menggunakan air suam.
2. Madu Asli + Kulit Kayu Manis
Bahan semulajadi madu dan kulit kayu manis dapat digunakan untuk menghilangkan parut jerawat dengan cepat. Kandungan antibiotiknya berupaya mencegah jangkitan penyebab radang pada jerawat.
Campurkan kedua bahan tersebut, gaul sehingga sebati. Kemudian, sapukan ke kulit wajah. Urut lembut dan biarkan mengering, sekitar selama 10-15 minit Selepas itu, bilaslah sebersihnya dengan air suam.
Baca Juga:
Tips Mata Cantik Bersinar
Kek Coklat Sukatan Cawan
3. Kunyit Hidup
Kulit hidup mempunyai kandungan antioksidan, anti inflamasi serta antibateria aktif. Tumbuk atau kisar kunyit hidup secukupnya. Setelah itu, tempelkan ke bahagian parut jerawat.4. Timun + Yogurt
Jadikan kedua bahan ini sebagai masker. Biarkan selama 15-20 minit, selepas itu barulah dibilas dengan air suam.
Gunakan masker semulajadi ini secara rutin pada setiap hari. Ia sangat efektif untuk menghilangkan parut jerawat serta mencerahkan kulit wajah secara semulajadi.
5. Teh Hijau
Menggunakan teh hijau sebagai salah satu cara hilangkan parut jerawat yang sangat efektif. Teh hijau banyak mengandungi anti oksidan yang boleh membantu mengurangkan pengeluaran sebum dan pertumbuhan bakteria.Gunakan teh hijau sebagai masker. Tempelkan pada kawasan yang berjerawat, dan biarkan selama 10-15 minit. Kemudian bilaslah dengan air bersih.
6. Ais Batu
Ternyata ais batu juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk hilangkan parut tersebut. Ais batu berupaya mengecilkan pori-pori kulit serta meningkatkan perjalanan darah pada kulit. Caranya sangat mudah, ambil ketulan ais batu dan oleskan pada kawasan berparut.7. Tomato
Selain mengandungi vitamin A dan C yang bagus untuk kulit, tomato juga mampu menganjalkan kulot serta menghilangkan parut jerawat dengan cepat.Hiris atau potong tomato nipis-nipis dan tempelkan pada kawasan berparut jerawat. Biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu barulah bilas wajah sehingga bersih.
Itulah antara cara hilangkan parut jerawat dengan bahan-bahan semulajadi yang boleh dicuba di rumah. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang diingini.
Credit Images:
* pexels.com
0 Comments