Rasa Buah Avokado Sangat Unik
Menerusi kaji selidik yang dibuat, mengaitkan dengan pengurangan peradangan, risiko penyakit jantung yang lebih rendah dan efek anti kanser.Buah yang mempunyai rasa unik tersendiri ini juga dikatakan mengandungi nutrisi, kaya serat, vitamin dan mineral seperti vitamin B, vitamin C, vitamin E dan kalium.
Cara terbaik untuk menikmati buah avokado adalah dengan memakannya begitu sahaja. Belah dua avokado yang sudah masak, kemudian nikmatinya. Kalau tak lalu untuk makan begitu sahaja, boleh sahaja tambahkan topping yang sesuai dengan selera masing-masing.
Selain boleh dimakan terus begitu sahaja, buah ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Antaranya dicampurkan dengan salad sayur/buah, dibuat smoothie atau jus.
Bacalah:
Cara Mudah Buat Nasi Beriani
Kebaikan Buah Avokado
Berikut beberapa kebaikannya;
1. Melindungi Penyakit Kronik
Buah ini kaya dengan antioksidan serta ‘lemak baik’ yang membantu menjaga kesihatan jantung serta mengurangi risiko strok.
Selain itu, pengambilan avokado secara rutin berupaya membantu mengatur kadar kolesterol jahat dan kolesterol baik serta melancarkan perjalanan darah.
Memandangkan avokado mengandungi serat yang tinggi, jadi ia bukan sahaja dikaitkan dengan penurunkan risiko penyakit jantung coroner dan strok. Bahkan penyakit hipertensi dan diabetis juga. Jadi, serat yang terdapat pada avocado efektif untuk membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah.
2. Menurunkan Berat Badan
Avokado yang kaya dengan serat dan rendah karbohidrat ini turut membantu proses menurunkan berat badan. Buah ini mampu membantu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Secara tak langsung, jumlah kalori yang diambil pada setiap hari juga akan lebih rendah.
3. Menjaga Kesihatan Mata
Pengambilan buah ini secara rutin dapat membantu meningkatkan penglihatan. Ini adalah kerana avokado megandungi beta-karoten dan antioksidan yang elok untuk mata.
Selain itu, ia juga mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang mana kedua nutrisi ini berupaya membantu menjaga penglihatan serta meminimakan kerosakan mata akibat sinar ultraviolet.
4. Meningkatkan Stamina
Ketiga jenis vitamin B yang terdapat di dalam avocado seperti vitamin B1, B2 dan B3 dapat membantu tubuh menghadamkan makanan menjadi energi dengan lebih baik.
Selain itu, avocado juga mengandungi niacin (B3) yang tinggi. Kandungan ini membantu meredakan inflamasi pada tubuh dan menjaga kesihatan arteri.
5. Mengurangkan Risiko Osteoporosis
Daripada sumber Medical News Today, pengambilan sebelah atau setengah dari buah ini mampu memenuhi 25% keperluan harian vitamin K yang bagus untuk tulang.
Itulah beberapa kebaikan buah avokado yang mungkin tidak diketahui selama ini. Sungguhpun begitu, pastikan tidak menikmatinya secara berlebihan.Ini adalah kerana setiap daripada kita memiliki keperluan nutrisi yang berbeza-beza.
0 Comments