Jangan risau, confirm jadi! Lagipun bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat karipap tidak membebankan. Modal tak besar!
Jom kita buat!
Kulit Karipap
Tepung gandum 4 cawan
½ cawan minyak masak – dipanaskan
2 sudu besar – butter atau majerin
Air sejuk secukupnya (air dari peti ais)
Secubit garam halus
Cuba Juga:
Cara Membuatnya:
1. Masukkan tepung gandum dan garam di dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Sementara itu, panaskan minyak masak dan tambah butter ataupun majerin. Apabila sudah cair dan minyak dah panas tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung dan garam tadi.
3. Disebabkan panas, gaul dengan senduk. Apabila sudah suam,bolehlah gaul dengan menggunakan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh tersebut tidak melekat di tangan, lembut serta boleh dibentuk.
Untuk Inti Karipap
• 3 biji kentang dipotong dadu
• 6 sudu besar kari daging
• Sedikit daging cincang/daging burger
• 2 tangkai cili kering
• 1 bawang besar dan seulas bawang putih
• Sedikit daun sup
• Gula, garam,kicap manis dan serbuk perasa secukupnya
Cara Membuatnya:
1. Goreng separuh masak daging cincang/daging burger. Angkat dan asingkan.
2. Kemudian, tumis lada kering, bawang besar dan bawang putih yang sudah dikisar.
3. Masukkan serbuk kari. Tumis sehingga garing dan naik bau.
4. Masukkan sedikit air dan masukkan daging kisar yang sudah digoreng separuh masak tadi.
5. Biarkan sehingga mendidih, lepas tu masukkan kentang.
6. Apabila sudah agak nak empuk, masukkan garam, kicap manis dan juga serbuk perasa.
7. Masaklah sehigga kentang menjadi empuk dan kering. Pastikan api kecil dan rajin kacau.
8. Bila dah nak masak dan kering, masukkan hirisan daun sup tadi.
9. Okay dah siappun inti karipap.
10. Bila dah siap, dah bubuh intinya dan bolehlah goreng karipap tadi.
Selamat mencuba Resepi Karipap Ranggup & Sedap ini.
0 Comments