www.looveelara.blogspot.com

Menikmati bijirin untuk sarapan pagi adalah sesuatu yang cukup baik untuk kesihatan tubuh. Lagi-lagi jika kita memilih bijirin penuh. 

Ini adala kerana bijirin penuh mengandungi semua bahagian bijirin yang original di mana terdapat kandungan nutrient seperti serat, vitamin B, protein, mineral, kanji dan minyak yang baik. 


www.looveelara.blogspot.com

Bijirin yang sering menjadi pilihan ramai ialah oat dan empingan jagung (cornflakes). Tentu ada yang masih belum tahu, oat atau oatmeal adalah salah satu bijirin yang paling sihat di dunia. Ini adalah kerana ia bebas gluten dan kaya dengan serat, vitamin, mineral dan juga antioksidan.

Berikut Berapa Kebaikan Oat:


www.looveelara.blogspot.com

1. Meningkatkan Kolesterol Sihat

Kalau dibaca dari Medical News Today, ada mengatakan kandungan beta glucan yang terdapat dalam oat mampu membantu meningkatkan kadar kolesterol sihat dan menurunkan kolesterol jahat.

Di samping itu, oat juga dapat membantu mengawal gula darah terutama mereka yang berhadapan dengan masalah obesity dan diabetis. 

www.looveelara.blogspot.com

2. Bagus Untuk Kesihatan Usus

Serat atau fiber yang terdapat dalam oat mampu membantu melancarkan pergerakan bahan kumuh di dalam usus. Secara tak langsuang ia akan memudahkan proses pembuangan air besar serta dapat mencegah masalah sembelit.

Bacalah: 5 Kebaikan Buah Avokado


www.looveelara.blogspot.com

3. Tinggi Antioksidan

Oat adalah bijirin yang kaya dengan antioksidan polyphenol. Antioksidan ini dikatakan mampu melindugi organ tubuh, meningkatkan daya ketahanan badan serta mencegah peradangan.

www.looveelara.blogspot.com


4. Menurunkan Berat Badan 

Pengambilan oat dapat membantu kita menurunkan berat badan. Oat kaya dengan serat larut yang dapat membantu metabolisme. 

Lagipun makan oat dapat meningkatkan rasa kenyang dan menurunkan keinginan untuk mengunyah sekitar empat jam (setelah makan oat).


Bacalah: Kebaikan Lompat Tali/Skipping 


www.looveelara.blogspot.com

5. Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Oat kaya dengan lemak sihat yang baik untuk menyokong sel-sel jantung dan sistem perjalanan darah. Kandungan antioksidan yang terkandung dalam oat turut membantu mencegah kemungkinan kerosakan dinding pembuluh darah yang disebabkan oleh radikal bebas.

Itulah antara manfaat bijirin teruatama oat sebagai menu sarapan pagi untuk kesihatan tubuh. Semoga bermanfaat!


Credit Images: pexels.com