Resepi Kek Coklat Moist Bakar | Ingin menikmati kek coklat moist yang enak, senang nak buat serta tidak rasa muak untuk dimakan? Cubalah resepi yang dikongsikan ini
Resepi Kek Coklat Moist BakarBahan-bahan yang diperlukan:
375 gram mentega
500 gram gula
4 biji telur
200 gram tepung gandum
125 gram serbuk koko
½ sudu kecil serbuk penaik
• Untuk hiasan – boleh sahaja letak apa yang disukai seperti chocolate chips atau chocolate rice.
Tak sesusah mana untuk buat topping |
Bahan untuk topping:
1 kg coklat masakan
100 gram mentega/butter
500 ml krim putar
Cara Membuat Kek Coklat Moist Bakar:
1. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Nak guna blender pun boleh untuk membuat kek coklat moist ini.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul hingga sebati.
3.Setelah itu, masukkan pula tepung yang sudah dicampur dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati lagi.
4. Kemudian masukkan pula serbuk koko. Gaul lagi sampai sebati.
5. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang kek atau acuan. Kemudian bakarlah selama 40 minit atau sehingga masak, sekitar suhu oven 160 celcius.
Pastikan kek tersebut telah sejuk sebelum disapu topping coklat dan diletakkan hiasan.
• Untuk membuat topping kek – cairkan coklat masakan dengan sedikit mentega dan krim putar. Biarkan adunan suam sedikit, barulah dituang/sapu pada kek tadi.
Cubalah: Resepi Pancake Sedap
Sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba Resepi Kek Coklat Moist Bakar super sedap ini.
Cubalah: Telur Dadar Gulung, Padat & Enak
Credit Images: pexels.com
0 Comments