www.looveelara.blogspot.com


Pernah buat pancake sebagai hidangan sarapan pagi? Tak pernah? Ayuh, cuba resepi pancake sedap yang cukup mudah ini!

Selepas nie, tak perlu lagi menikmatinya di kafe ataupun restoran sebab kita boleh membuatnya sendiri di rumah.

www.looveelara.blogspot.com



Jom, cuba! Resepi Pancake Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

• Tepung segera pancake – 1 mangkuk (boleh beli di pasaraya)
• Air – 1 mangkuk
• 1 biji telur
• 2 sudu besar gula
• 2 sudu susu tepung atau susu pekat
• Secubit garam
• ¼ sudu the esen vanilla
• Golden sirap/ maple syrup atau madu

 
Cara Membuatnya:
1. Campurkan tepung, gula, garam dan susu tepung/pekat di dalam mangkuk.

2. Kemudian masukkan telur,esen vanilla dan air. Kacau perlahan ke adunan tepung tadi.

3.Pastikan adunan tadi tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

4. Sementara itu, sapukan minyak di atas kuali. Tuang adunan tepung (satu senduk) tadi sehingga menjadi seperti lempeng.

5. Lepas tu, tunggulah sehingga adunan masak dan terbaliknya agar ia masak sama rata. Tutup dan gunakan api ynag kecil.

6. Pastikan juga kuali yang digunakan anti lekat.

7. Okay, bila dan siap, hidangkan bersama topping favourite. Kalau suka boleh curah golden sirap, maple syrup ataupun madu.Pancake nie lebih sedap dimakan semasa panas-panas.


www.looveelara.blogspot.com


Selamat mencuba Resepi Pancake Sedap yang sangat mudah untuk disediakan.

Credit Images: pexels.com