www.looveelara.blogspot.com


 Bila selalu sangat berhadapan dengan masalah kutu beras di dalam bekas beras, rasa tension juga, kan?

Jadi yang ada masalah kutu beras, lepas nie jangan bingung-bingung atau rasa stresss lagi ok. Boleh cuba 5 cara mudah untuk menghilangkannya.

Berikut cara hilangkan kutu beras di dalam bekas beras: 


www.looveelara.blogspot.com

1. Daun Limau Purut

Bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menghalau kutu beras ialah dengan  daun limau purut.

Masukkan beberapa helai daun limau purut yang telah dibersihkan ke dalam bekas beras. Aroma tersendiri dan segar daripada daun limau purut itu akan membuatkan kutu beras tak senang duduk di tempat persembunyiannya itu.


Bacalah: Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat


www.looveelara.blogspot.com

2. Kulit Kayu Manis

Boleh juga guna kayu manis untuk menghilangkan kutu beras tersebut.Aroma tersendiri yang dimiliki oleh kepingan kulit  kayu manis itu akan membuatkan kutu beras tak senang duduk dan ingin segera lari!

Masukkan beberapa keping kulit kayu manis di dalam bekas beras tersebut. Dalam beberapa minit sahaja, kutu beras akan berkeliaran melarikan diri.

www.looveelara.blogspot.com

2. Cili Kering

Manfaatkan cili kering untuk mengusir kutu beras itu. Aroma pedas daripada cili akan membuatkan kutu beras cabut lari! 

Jadi, kalau berhadapan dengan masalah ini jangan lupa masukkan beberapa tangkai cili kering dan letakkan ke dalam bekas simpan beras itu. Insya-Allah, kutu beras akan berlalu pergi dan tidak akan datang lagi!


Bacalah: Cara Buat Karipap Ranggup & Sedap


www.looveelara.blogspot.com

3. Jemur Beras Di Bawah Cahaya Matahari

Cara paling mudah untuk menghalau kutu-kutu beras ini adalah dengan menjemur beras yang dipenuhi dengan kutu beras itu di bawah cahaya matahari terik.Cara ini berkesan dan akan membuatkan kutu-kutu beras ‘angkat kaki ataupun mati keras di situ!


www.looveelara.blogspot.com

4. Daun Pandan

Boleh juga mencuba petua hilangkan kutu beras dengan daun pandan. Letak  beberapa helai daun pandan kering ke dalam bekas beras.

Kutu-kutu beras akan melarikan diri kerana tidak tahan dengan aroma daun pandan kering tersebut.

Bacalah: Bijiran Sarapan Pagi Yang Sihat 


www.looveelara.blogspot.com

5. Bekas Kedap Udara

Untuk menggelakan beras daripada didatangi haiwan kecil itu adalah lebih baik kalau kita menyimpannya di dalam bekas kedap udara.

Itulah 5 cara yang boleh dipraktik supaya beras yang disimpan tidak didatangi kutu beras. Selamat mencuba!


Credit Images: 

*Google & pexels.com