Dalam kehidupan ini kita tidak boleh lari daripada dihambat rasa stres! Meskipun begitu, kita sebenarnya boleh hidup bebas daripada stres.Tapi, kenalah tahu caranya!
Ramai yang tidak tahu cara tepat untuk menghadapi serta mengatasinya dengan baik.Akibatnya, meninggalkan kesan buruk untuk kesihatan. Ini adalah kerana stres yang tidak terkawal dalam jangka masa panjang boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.Antaranya, sakit kepala, insomnia, nafsu mkan menurun, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan juga depresi.
Berikut beberapa cara untuk hilangkan stres:
Ramai yang berpendapat menulis dalam bentuk jurnal atau blog adalah cara menghilangkan stres paling efektif dan bermanfaat untuk kesihatan.
Tak kisahlah nak tulis apa, jika jurnal peribadi kita boleh tulis apa sahaja yang kita mahukan.Tak ada batasan cerita untuk kita meluahkannya asalkan jurnal itu selamat disimpan!
Inilah saatnya untuk kita berdebat dengan diri sendiri.Yang penting, kita perlu jujur dengan diri sendiri supaya rasa stressitu akan beransur-ansur pergi dan perasaan kita akan jadi lebih lega.
Inilah saatnya untuk kita berdebat dengan diri sendiri.Yang penting, kita perlu jujur dengan diri sendiri supaya rasa stressitu akan beransur-ansur pergi dan perasaan kita akan jadi lebih lega.
Mungkin kita tidak mempunyai kesempatan untuk pergi berkhemah atau mendaki gunung/bukit seperti kawan-kawan lain untuk berdamai dengan alam semulajadi.
Namun, kita tetap mempunyai peluang untuk menikmati alam semulajadi di luar pintu belakang atau pintu depan rumah yang boleh membantu kita berhubung dengan alam semulajadi.
Aktiviti berkebun banyak manfaatnya. Ketika berkebun,secara tak langsung tubuh akan terkena sinaran matahari dan udara segar. Ia sangat bagus untuk melegakan keletihan disebabkan stress.
Lagipun aktiviti di luar rumah, berhubung dengan alam semulajadi seperti ini dapat membantu menghindarkan tekanan ataupun melegakan stress dalam kehidupan seharian.
Tak percaya? Cubalah! Rasakan kedamaian yang mana ia akan membawa kegembiraan dan keseronokkan.
3. Melukis Atau Mewarna
Walaupun aktiviti ini cukup sinonim dengan dunia kanak-kanak, tetapi ia tetap boleh dijadikan hobi untuk menghilangkan stres.
Aktiviti melukis atau mewarna ini boleh membuatkan fikiran menjadi lebih tenang sehingga mood pun menjadi lebih baik lagi. Jika kurang kreatif untuk melukis, boleh jer beli buku mewarna dengan pelbagai macam motif rekaan yang menarik.
Meskipun ada yang menganggap aktiviti ini agak remeh, namun ia boleh dijadikan salah satu cara untuk menghilangkan stres yang wajar dicuba.
Tak perlu masak menu yang remeh-temeh, sebaliknya pilih yang simple seperti membakar roti, masak spaghetti dan membuat sandwich pun dah ok. Paling penting, kita rasa happy dan enjoy.
5. Mengait
Aktiviti mengait kini bukan sahaja diminati oleh orang tua-tua sahaja. Sekarang ni ia juga menjadi salah satu hobi yang cukup produktif serta berguna untuk mengurangkan stres.
Dikatakan, ketika seseorang melakukan aktiviti mengait, hormone serotonin akan meningkat sehingga menimbulkan mood yang lebih baik.Selain itu, setelah siap dan melihat hasil mengait, sudah pasti menimbulkan rasa bangga dan kepuasan pada diri sendiri.
Itulah 5 cara menghilangkan stres yang boleh dilakukan. Paling penting, luangkan setiap hari untuk melakukan aktivit yang menggembirakan hati dan dapat improve-kan kualiti hidup sihat.
Selamat mempraktik!
Credit Images: pexels.com
0 Comments