Bibir Kering Dan Mengelupas. Ketahui Punca Serta Cara Mengatasinya


Bibir kering? Kadang-kadang sampai pecah-pecah dan mengelupas! Pastinya masalah tersebut pernah kamu alami dan tahukah kamu apa puncanya?

Bibir kering dan mengelupas amat menyakitkan


Punca Atau Penyebab Bibir Kering

Berikut antara penyebab bibir kering:

1. Lipstik


Pengunaan lipstick seperti jenis matte boleh membuatkan bibir menjadi kering, pecah-pecah dan mengelupas.


2. Pelembab Bibir


Pengunaan pelembab yang mengandungi perasa boleh mengundang kulit bibir menjadi lebih kering. Ini adalah kerana ia akan mengundang keinginan untuk menjilat bibir berulangkali.


Bacalah: Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat


3. Perubahan Cuaca


Cuaca juga boleh menjadi salah satu punca bibir menjadi kering .Biasanya alam keadaan cuaca sejuk, bibir akan jadi lebih mudah kering dan pecah-pecah.
 


4. Dehidrasi


Sewaktu tubuh mengalami dehidrasi atau kekurangan air ia akan meninggalkan efek pada kesihatan tubuh, termasuk juga kesihatan kulit yang melibatkan permukaan kulit bibir.

Untuk mengatasi masalah dehidrasi tersebut, cubalah minum 8 gelas air masak setiap hari.


5. Pengambilan Makanan Pedas & Masin


Jangan tak tahu, pengambilan makanan yang pedas atau masin juga boleh menjadi salah satu penyebab bibir menjadi kering.

Kandungan garam yang terdapat pada makanan masin boleh menarik kelembapan air dan mengakibatkan kulit bibir menjadi kering, pecah-pecah dan mengelupas.

Cara Mengatasi Bibir Kering

1. Boleh sapu petroleum jelly

Sapukan tipis-tipis pada bibir secara teratur, terutama sebelum tidur.

2. Pakai lip balm

Penggunaan lip balm dapat mengatasi masalah bibir kering. Pastikan produk ini tidak mengandungi mentol atau mint yang kuat.

3. Scrub atau exfoliate bibir

Sebaiknya cari yang mengandungi minyak zaitun, madu dan gula. Ia mampu melembabkan dan melembutkan bibir. Gosokkan lembut pada bibir selama 10 minit dan bilas.

4. Lidah buaya

Lidah buaya atau aloevera mampu melembabkan bibir serta menyejukannya. Sapukan gel lidah buaya sebelum tidur secara teratur.

Bacalah: Kebaikan Lompat Tali Yang Jarang Orang tau...

5. Timun


Manfaatkan khasiat timun untuk menyelesaikan masalah bibir kering.Hiris timun dan gosok bahagian dalam timun yang lembut itu pada bibir. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilaslah dengan air.

Selamat Mencuba!


Itulah antara punca-punca yang menyebabkan bibir kering, pecah-pecah dan mengelupas serta cara mengatasinya. Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya!


























No comments

Powered by Blogger.