Lompat tali adalah senaman ringan yang boleh kita lakukan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal. Memadai memiliki tali skipping. Mudah, kan…
Lompat tali merupakan satu gerakan kardio yang efektif serta mempunyai kebaikan yang luar biasa untuk kesihatan tubuh.
Ada pelbagai gaya lompat tali. Antaranya, lompatan lutut tinggi, lompatan satu kaki, lompatan dua kaki, lompatan bersilang dan sebagainya.
Pernah terbaca beberapa sumber menyatakan bahawa melakukan lompat tali bertempo selama 10 minit sama efeknya dengan berjogging sekitar 8 minit. Ini adalah kerana dengan skipping mampu membakar kalori lebih banyak pada setiap minitnya. Di samping itu gerakannya juga sangat efektif untuk memperkuatkan otot.
Berikut beberapa kebaikan bermain lompat tali skipping ini:
1. Mengurangkan Risiko Pelbagai Penyakit
Jangan tak percaya bawa senaman ini mampu membantu menurunkan risiko pelbagai penyakit serta gangguan kesihatan.
Ada terbaca dalam Medical News Today, katanya senaman lompat tali yang dilakukan secara rutin boleh membantu seseorang itu daripada diserang penyakit jantung coroner,tekanan darah tinggi, stroke dan juga diabetes.
2. Menurunkan Berat Badan
Senaman lompat tali selama 30 minit ini dikatakan mampu membakar lebih banyak kalori/lemak dalam badan. Ini adalah kerana kita memerlukan tenaga yang cukup banyak untuk melompat. Secara tak langsung ia akan mempercepatkan penurunan berat badan.
Penurunan lemak juga menajdi lebih cepat terutama di sekitar bahagian perut dan otot badan. So, aktiviti ini adalah satu satu caraa paling efektif yang boleh dilakukan untuk membakar kalori.
Bacalah: 5 Kebaikan Buah Avokado
3. Menguatkan Otot
Senaman ringkas ini dapat menguatkan tubuh. Ketika melakukan lompatan, kita memerlukan banyak otot di setiap ayunan. Otot yang ada pada tangan, kaki dan perut menjadi lebih padat sehingga timbunan lemak pada bahagian tersebut akan jadi semakin berkurangan.
Bukan itu sahaja, lompatan yang dilakukan secara berulangkali akan membuatkan otot paha, kaki,lengan,otot punggung, otot dada dan bahu kita juga menjadi lebih kuat.
Bacalah: 5 Cara Mudah Hilangkan Stress
4. Meningkatkan Kepadatan Tulang
Kerapuhan tulang kerap terjadi di saat usia menjelang senja. Namun, osteoporosis boleh disebabkan kerana gaya hidup yang kurang sihat dilakukan sewaktu masih muda.
Memenuhi keperluan kasium sangat membatu untuk mengurangkan risiko kerapuhan tulang. Sebaiknya, imbangi dengan rutin bersenam seperti lompat tali. Senaman lompat tali elok untuk membantu meningkatkan kepadatan tulang. Gerakan tersebut mampu melttih kekuatan otat dan tulang.
Itulah beberapa kebaikan atau manfaatnya untuk kesihatan tubuh. Lagipun senaman lompat tali boleh dilakukan di mana sahaja.Jadi, jangan lupa untuk melakukan aktiviti ini ya!
Credit Images: pexels.com
0 Comments