www.looveelara.blogspot.com

Sesiapapun boleh tampil lebih bergaya, asalkan tahu mensuai padan dengan tepat.Jika sebelum ini kita kurang menitikberatkan soal penampilan, di tahun 2022 jom kita tampil lebih bergaya. 

Ayuh, asah kemampuan styling kita. Mudah-mudahan di tahun 2022 kita nampak lebih energetik dan penuh bergaya meskipun sederhana.


www.looveelara.blogspot.com


1. Pastikan Kita Pilih Gaya Sesuai Keperibadian

Kalau suka dengan gaya feminin, chic ataupun denim, boleh sahaja. Ikut suka selera memasing, asalkan gaya  yang dipilih itu sesuai dengan keperibadian diri kita. Nak lagi senang,kalau dah mati idea sangat, boleh browsing kat internet. Boleh cari informasi tentang tren terkini. Mana tahu gaya tersebut sesuai untuk digayakan sehari-hari. 


www.looveelara.blogspot.com

2. Kenali Bentuk Tubuh Sendiri

Sebelum membeli, adalah lebih baik kalau kita tengok dulu, apakah baju tersebut sesuai dengan bentuk badan kita.Jika kita mempunyai punggung yang lebar, skirt potongan A-line boleh dijadikan pilihan. Kalau bertubuh kurus, boleh bergaya dengan koleksi bertali pinggang. 

Selain itu,  pemilihan motif atau corak juga penting, motif garis horizontal untuk yang bertubuh berisi. Manakala motif bunga-bunga besar sesuai untuk tubuh kurus.


www.looveelara.blogspot.com

3. Ada Basic Items

Jika kurang bajet, memadai jika kita mempunyai basic items seperti seluar panjang berwarna hitam, seluar jeans, jaket atau cardigan dan kemeja putih. Pakaian sebegini tetap sesuai digayakan dengan trend apapun dan lebih mudah untuk disuai padankan. 

BACALAH LAGI:  Tampil Lebih Bergaya Fesyen Kemeja Kotak


www.looveelara.blogspot.com

4. Belajar Make Up

Tak perlu pun make up berlebihan sangat untuk kelihatan cantik.Jika belum terbiasa bermekap, eloklah mencubanya. Sebagai permulaan, boleh pakai pemerah pipi (blush on) dan lip gloss pada bibir. Dua items tu pun dah boleh buat wajah nampak lebih berseri.

BACALAH LAGI: 7 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat


www.looveelara.blogspot.com


5. Rawat Tubuh

Untuk memiliki kulit yang lembut dan bersih, selepas mandi pakailah losyen badan. Pastikan juga rajin membersihkan muka, mencuci rambut serta  menggosok gigi. Selain mempercantikan penampilan wajah serta penuh bergaya, menjaga  kebersihan diri juga penting.


Credit Images: 

* pexels.com