www.looveelara.blogspot.com

Tampil dengan fesyen kemeja flannel kotak-kotak bukan hanya disukai oleh kaum lelaki sahaja. Sebaliknya ramai wanita menyukai fesyen item kemeja kotak ini.

Selain daripada rasa selesa, kemeja kotak ini juga mudah untuk disesuaikan dengan fesyen item yang lain. Digayakan bersama T-shirt berwarna polos dan seluar berwarna putih atau denim pun nampak menarik dan santai. 

Ada juga yang suka mengayakannya dengan skirt pendek,skirt  labuh, seluar pendek ataupun jumpsuit.Walaupun nampak ringkas, tetapi stail kemeja kotak ini tetap menawan hati ramai wanita sehingga ke hari ini.Trend ini tidak lapun ditelan zaman. Malahan, ia seakan membawa sentuhan “country feel into city”.

Namun, ramai yang tidak ramai yang tahu sebenarnya fesyen kemeja kotak ini mempunyai pelbagai jenis. Antaranya motif glen, tartan, plaid, window pane, madras, tattersall dan gingham. 

Check it out!


www.looveelara.blogspot.com


1. Glen

Kemeja kotak-kotak jenis Glen ini bermotif pola garis putus-putus yang saling bersilang dan berwarna agak kelam. 

www.looveelara.blogspot.com

2. Tartan

Biasanya mempunyai tona warna dasar  merah atau hijau tua dengan garis-garis biru tua, kuning,putih dan juga merah.


www.looveelara.blogspot.com

3. Plaid

Beberapa garis saling bersilang sehngga membentuk motif kotak yang ada kotak besar dan kotak kecil. Biasanya, terdapat dua warna atau lebih pada kemeja jenis plaid ini.


www.looveelara.blogspot.com


4. Madras

Kemeja kotak-kotak jenis Madras ini berwarna-warna dan bermotif besar.


www.looveelara.blogspot.com


5. Tattersall

Bermotif kotak-kotak kecil dan mempunyai jalur nipis di dasar warna yang neutral. 


www.looveelara.blogspot.com


6.Window Pane

Kemeja kotak-kotak motif Window Pane ini mempunyai bentuk seakan-akan bingkai tingkap. Biasanya garis-garis satu warna yang bersilang akan menghasilkan motif kotak-kotak yang lebar dan lebih ringkas.



www.looveelara.blogspot.com

7. Gingham

Motif papan catur yang mempunyai dua warna dengan garis-garis yang agak tebal. 

Itulah antara jenis fesyen kemeja kotak yang sebenarnya sering dilihat atau digayakan, namun tidak disedari jenis motifnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Credit Images:

* Google

* pexels.com