Kalau dah selalu sangat makan telur dadar biasa, terasa jemu juga, kan? Jom cuba resepi telur dadar gulung, padat dan cukup enak ini.Cara membuatnya pun sangat mudah dan paling penting, tidak hanyir!

 
telur dadar


Jom Cuba Resepi Telur Dadar Gulung


Bahan-bahan yang diperlukan:

6 biji teluar ayam

1 biji bawang besar (dihiris bulat)

2 batang daun bawang atau daun sup (dipotong)

3 biji tomato ceri (dibelah dua pun boleh)

1 sudu kecil serbuk kunyit

½ sudu kecil tepung beras

1 sudu kecil tepung gandum

• Sedikit garam, Maggi Cukup Rasa dan serbuk lada putih/lada sulah


Baca Juga: 

Resepi Brownies Kedut




telur dadar




Bahan untuk kisar halus:

• Sedikit cili padi, seulas bawang putih dan 2 biji bawang merah (kecil).

• Air secukupnya untuk mengisar.


telur dadar




Cara Memasak:


1. Pecahkan telur dalam mangkuk.

2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung berasa, serbuk lada putih/lada sulah,garam, Maggi Cukup Rasa, kacau sampai ke semua bahan tercampur mesra.

3. Selepas tu, masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi. Kacau lagi sampai semuanya berbaur mesra.

4. Kemudian masukkan potongan bawang merah, daun bawang/daun sup dan tomato, kacau lagi sampai merata.

5. Panas minyak ke dalam kuali secukupnya dengan menggunakan api yang kecil.

telur dadar


6. Bila minyak dah panas, curahlah telur tadi. Kalau nak telur cepat masak, tutup kuali.

7. Bila dah ok, gulunglah telur dadar tadi. Atas kuali tadi pun boleh.

8. Okay, siap dah telur dadar yang cukup enak.

Itulah cara membuat telur dadar versi gulung. Lepas dah gulung, boleh dipotong-potong mengikut selera masing-masing. Nak potong nipis ataupun tebal. Selamat mencuba!