Menikmati waffel bersama secawan teh atau kopi panas memang asyik. Tapi, bukan semua orang tahu cara buat waffel yang sedap!


Waffel

Waffel Enak Dimakan Panas-Panas


Menu ini boleh dihidangkan untuk sarapan pagi, minum petang ataupun kudapan yang mengenyangkan.
Apa yang menariknya, waffel dicetak menggunakan cetakan khas dengan corak khas iaitu tekstur garis dipermukaannya. 

Waffel juga boleh dicetak bentuk bulat, kerang atapun mendatar. Ianya lebih enak dimakan panas-panas. Boleh dinikmati bersama krim, jem mahupun nuttela. Nak tabur gula icing pun boleh. 

Sebenarnya macam-macam topping boleh diletakkan, misalnya ais krim, madu dan maple syrup. Nak bubuh inti seperti kacang merah pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Mana yang menyelerakan anak tekak.

Cara buat waffel juga sangat mudah dan kalau  tak nak lembik dan lebih crispy, kena panas dulu cetakannya. Setelah itu, sapukan dengan minyak terlebih dahulu meletakkan adunan.

Baca Juga: 

Resepi Telur Dadar Gulung 
Resepi Lempeng Kelapa Sedap


Waffel


Cara Buat Waffel Yang Sedap


Bahan-bahan yang diperlukan:
250 gram tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
375 ml susu segar + sedikit susu pekat
1 ½ baking powder
30 grm mentega (dicairkan nanti)
2 biji telur
Sejumput garam
Sedikit creamy essen vanilla 

Cara Memasak:

1. Tepung, garam, gula pasir, baking powder dan garam diayak, kemudian digaul sampai rata.

2. Sementara itu, bahan-bahan cair seperti susu, mentega yang telah dicairkan, creamy essen vanilla dan telur dikacau-kacau sampai sebati. 

3. Setelah itu campurkan ke semua bahan, biar sebati.

4. Sediakan cetakan waffel, panaskan.Pastikan cetakan tersebut sudah dipanaskan dan disapu dengan minyak/mentega.

5. Tuang adunan secukupnya ke dalam cetakan waffel. Masak sehingga berwarna coklat keemasan.

6. Angkat dan hidangkan, jangan lupa letaklah topping yang disukai di atasnya. 

Sedia untuk dinikmati dan jamulah selera ketika ia masih panas. Baru enak!

Itulah cara buat waffel, senang, kan… Selamat mencuba.

Credit Images:
* pexels.com