Enaknya Makan Lempeng Kelapa
Hisshh…memang sedap! Terasa pula suasananya macam di kampung. Cara nak buat lempeng kelapa, tak susahpun. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak renyah.
Bagi yang dah lama tak buat lempeng kelapa ataupun tak pernah cuba membuat lempeng kelapa, apakata kamu mencubanya.Rasanya sangat lembut dan berlemak. Memang enak!
Bagi yang dah lama tak buat lempeng kelapa ataupun tak pernah cuba membuat lempeng kelapa, apakata kamu mencubanya.Rasanya sangat lembut dan berlemak. Memang enak!
Resepi Lempeng Kelapa Sedap
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 cawan tepung naik sendiri atau tepung kek
1 ½ cawan kelapa parut (ambil putihnya sahaja dan nak sedap guna kelapa muda)
1 biji telur
2 ½ cawan air
• Sedikit garam, susu pekat dan gula)
Baca Juga:
Cara Membuat Lempeng Kelapa
1. Satukan ke semua bahan,tapi adalah lebih baik kalau bab air tu dimasukkan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
2. Bila dah sebati, kemudian tapis. (kalau tak nak tapis pun boleh juga ya)
3. Jika adunan pekat, tambahlah sedikit air lagi.
4. Sebaiknya guna non-stick pan. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak masak di atas pan tadi. Nak sedap gunakan daun pandan sebagai penyapu minyak.
5. Lepas tu cedoklah adunan (dalam 1 senduk), mulakan dari tengah kemudian ratakan ke atas pan tadi. (nak lenggang pan pun boleh, tak ada masalah)
6. Masak guna apa kecil, kemudian terbalikkan dan masak sebelah lagi sebelum diangkat.
7. Kalau rasa dah ok, garing sikit bolehlah angkat.
8. Buatlah sampai habis adunan.
9. Lepas dah selesai semuanya bolehlah dihidangkan.
Serius… terasa seperti menikmati lempeng air tangan bonda! Sedap sangat!!
Jangan lupa cuba Resepi Lempeng Kelapa Sedap untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.Sesuai dimakan untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Selamat mencuba!
0 Comments