Ada banyak minuman detox yang dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan. Ia biasanya dihasilkan daripada kombinasi campuran buah-buahan, sayur-sayuran ataupun rempah ratus!
Minuman detox yang cukup menyegarkan dipercayai bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah berat badan. Malah, berupaya membantu membuang racun dalam badan, meningkatkan metabolisme serta membersihkan usus.
Lagipun buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi sumber vitamin, mineral dan serat yang baik untuk mencegah kenaikan berat badan. Minuman detox ini merupakan ‘bantuan tambahan’ gaya pemakanan bagi yang mahu kurus!
Perah sepotong lemon, masukan dua sudu kecil madu serta tiga hirisan halia yang telah ditumbuk halus ke dalam segelas air panas. Dan minumlah ketika masih panas.
Halia dikatakan dapat mengurangkan rasa lapar, manakala lemon pula kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Madu pula merupakan sumber antioksidan yang cukup berkhasiat.
2. Teh Hijau & Lemon
Teh hijau mengandungi sumber katekin yang baik iaitu polifenol makanan yang elok untuk badan.
Cara membuat minuman detoks teh hijau dan lemon ini sangat mudah. Anda hanya perlu masukkan air panas ke dalam cawan atau gelas.
Kemudian masukkan satu uncang teh hijau. Setelah itu ambil sepotong hirisan lemon lalu diperahkan airnya. Kacau dan minumlah sampai habis ketika ianya masih suam.
3. Kayu Manis & Madu
Kedua bahan semulajadi ini mampu menjadi minuman detox yang cukup luar biasa. Kayu manis bersifat antivirus, antibakteria dan antikulat. Manakala madu pula sumber antioksidan yang bagus.
Selain mampu membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan peradangan serta merawat infeksi kulit, minuman detox kayu manis dan madu ini juga mampu membantu mempercepatkan penurunan berat badan.
4. Timun & Pudina
Keduanya mempunyai khasiat yang luar biasa kerana kaya dengan nutrient. Kisar timun (tapis dan ambil airnya) atau potong-potong timun dan campurkan dengan hirisan daun pudina (mint) . Boleh juga diletakkan sekali potongan lemon.
Minuman detox ini boleh diminum pada setiap hari dan sangat membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Selain itu, dapat membantu menurunkan tekanan darah serta mencegah kanser.
5. Epal & Kayu Manis
Buah epal dan kayu manis adalah kombinasi pembakaran lemak yang cukup baik. Kayu manis mampu meningkatkan metabolisme, manakala epal pula dapat membuatkan rasa kenyang lebih lama.
Dalam keadaan cuaca yang panas, cubalah rendam sekeping kulit kayu manis. Kemudian campurkan dengan dua sudu cuka epal (apple cider vinegar). Nikmatinya sebelum makan pada setiap hari.
Selamat mencuba. Semoga anda berjaya menurunkan berat badan dengan pengambilan minuman detox. Amalkan secara rutin bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Di samping itu, jangan lupa amalkan gaya hidup sihat. Jaga pemakanan dan rutin bersenam!
0 Comments