www.looveelara.blogspot.com

Buat pengemar makanan jepun, khususnya kanak-kanak, wah…. ini ada berita baik. Boleh try Onigiri Omar & Hana!

Kolaborasi antara AEON.(M) BHD dengan kumpulan animasi Omar dan Hana pasti membuatkan adik-adik rasa seronok. 5 perisa onigiri diperkenalkan yang mana ia diwakili oleh watak di dalam animasi Omar & Hana.

www.looveelara.blogspot.com


Kacang Merah (Red Bean) diwakili oleh Omar, Kacang dan Coklat (Choco Peanut) diwakili oleh Hana, Kentang dengan mayonis (Potato Mayo) diwakili oleh Sara, Tuna dengan mayonis (Tuna Mayo) diwakili oleh Yuki dan Ketam dengan mayonis (Kani Mayo) diwakili oleh Indra.


www.looveelara.blogspot.com

Nasi Kepal Onigiri
Kalau di negara Jepun, onigiri atau nasi kepal merupakan makanan berkhasiat yang dibuat bekal untuk ke sekolah, pejabat ataupun piknik.

Nasi kepal ini dibentuk dengan tangan menjadi segitiga. Setelah nasi siap dikepal, diisi intinya dan kemudaina barulah dibalut dengan rumput laut. Intinya ada pelbagai perisa mengikut selera supaya lebih lazat dan mengenyangkan. Ada banyak perisa Onigiri, antaranya salmon, tuna mayo dan lain-lain lagi.

Kalau di Jepun, tentunya variasi onigiri lagi banyak dan resepinya juga lebih kreatif. Ini adalah kerana di sana makanan ini cukup popular kerana ia adalah makanan yang simple untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja.Tambahan pula, ia cukup mengenyangkan!
 

So, kalau singgah di mana-mana AEON Mall bolehlah beli Onigiri Omar dan Hana. Semua tu sedap!